Tuesday, September 1, 2009

Balik Kampung Ramadhan

Dah lama rasanya tak balik kampung. Kali terakhir adalah pada bulan Mei lalu di mana pada masa itu aku baru menamatkan pengajian ku di peringkat sarjana. Sarah asyik bertanya bila Adlina nak balik dari Jakarta sejak aku memberitahu anak-anakku tentang rancangan untuk pulang ke kampung pada hujung minggu menjelang hari kemerdekaan. Rindu benar mereka kepada Adlina, maklumlah itulah teman sepermainan mereka bila balik ke ampung.

Pagi Sabtu lepas aku membakar brownie dan juga kek cawan coklat beraising untuk dibawa balik ke kampung pada petang itu. Kami bertolak lebih kurang jam 2.30 petang selepas solat dan membeli sedikit barangan runcit di G**nt. OMG! susahnyer nak tulis full in BM!...I can understand how my kids are doing BM in school. Kita ni dah terlalu biasa dengan bahasa campur, ni le akibatnye.

Well, back to my balik kampung story. Sampai Bkt Putus, jam sikit lah sebab banyak kereta but moving. Nasib baik tak ada accidents kat situ kalau tidak, malam la sampainyer!. Sampai kampung around 5.30pm. Keluar kereta jer...Maryam tanya, nenek maner? hehehe...nenek tu Mak Ngah dia le. Sape yang berambut putih tu adalah nenek pada dia. Still confused. Takper hubby kata, nenek Suhail (her cousin's son).

Sarah & Naim tanya lagi bila sebenarnye Adlina nak balik ni, la...tak paham lagi rupanya? So I tell them the exact date i.e. 16 September...oooooo!!! Akak (my sister kat kampung tu) masak lemak cili api nenas + kerang and ayam masak merah for buka puasa. Lama tak makan masak lemak cili api akak. Dessert off course my brownie and cupcake. So berbukalah we all with akak, asrul and fadhlie. Faizah balik rumah mil nya, Sunday morning baru they all bertolak balik kg. Naim suka sangat le ayam masak merah, cuma Sarah jer tak berapa makan sangat sebab selalunyer berbuka dengan nasi ayam. But after solat maghrib, banyak la pulak makan cupcakes and snacks sambil tengok tv.

Sunday morning around 10, Faizah & co muncul. Suhail cam biasa merayau-rayau usik sana usik sini, angkat bakul kain, bukak cabinet, keluar isi cabinet tu...hehe...kerja keras. We planned to buka puasa at Acek's house in KP. Already called them earlier that night and he said ok. So akak prepared some sambal tumis udang and some pengat pisang to be brought to their place. We left the house 10 to 6pm and reached KP 6.15pm. The menu was nasi minyak, nasi putih, kari daging, ayam masak merah & jemput2 bilis plus what be brought from home i.e. pengat, sambal udang and brownie. After berbuka, solat maghrib & isyak berjamaah. Around 9.30pm, we all pun balik setelah makan dengan kenyangnye, kecuali Sarah yang cuma makan 4 biji pisang & air kosong saja. Balik rumah, buatkan maggi goreng for her.

31st August, we headed home around 10 to 11am. Sampai Bkt Putus, Maryam yang tak berapa sihat muntah dengan hebatnya dalam kereta luckily dia muntah masa we all tak jauh dari area mata air bukit tu. So singgah jap kat mata air tu untuk basuh badan dia & kereta. Mak ai! sejuk betul air dia. Maryam memang tak suka mandi air sejuk so just lap jer dia, itu pun dia merengek. Lepas tu dia terus tidur sampai le ke rumah. Petang tu beli nasi ayam kat G**nt for buka puasa...happy le Sarah dapat nasi ayam!

1 comment:

  1. Missed suasana berbuka ramai-ramai time Ramadhan especially masak lomak cili api...and of course with the company of our immediate families...

    ReplyDelete

Print