Showing posts with label Rice. Show all posts
Showing posts with label Rice. Show all posts

Sunday, February 10, 2013

Saffron Rice and Roasted Chicken



Saffron Rice

2 cups of basmathi rice
1 cup water
a good pinch of saffron threads - soak in 2 tbsp hot boiling water for 5 minutes - put aside

1 garlic - diced
2 shallots or 1 small yellow onion- diced
2 tbsp extra virgin olive oil
4 tbsp or 2 oz salted butter
2 cups chicken stock

  1. Wash the rice thoroughly. Soak the rice with the saffron & a cup of water for about 10 minutes.
  2. Heat the olive oil in a small saucepan. Saute the garlic and onion until translucent. Add the butter. Pour the chicken stock in and remove from heat.
  3. Pour the rice together with saffron & water into the rice cooker. Add the chicken stock. Switch it on and let the rice cook nicely, make sure to stir the rice when the water in the pot has subsided.

 
Roasted Chicken

The recipe can be found here.


Saturday, February 9, 2013

Pulut Pandan & Sambal Tumis Ikan Bilis


Pulut ini sama seperti Pulut Kuning tetapi semasa mengukus pulut ini, saya lapiskan periuk kukus dengan 4-5 helai daun pandan yg agak besar dan letakkan beras pulut yang telah direndam semalaman dengan sedikit pewarna hijau (green leaf) di atasnya atau daun pandan yg telah diblend. Kemudian letakkan lagi 2-3 helai daun pandan yg telah dicarik-carik sedikit di atas beras tersebut. Kukus seperti biasa.




Friday, February 1, 2013

Bihun Sup/Soto Ayam



Rempah sup/soto:
3 sudu besar jintan manis
3 sudu besar jintan putih
3 sudu besar ketumbar
2 sudu besar lada hitam

Basuh kesemua bahan dengan air. Toast atau rendang sekejap dlm kuali tanpa minyak, just untuk keringkan dia. Atau boleh panaskan dlm oven dlm beberapa  minit sehingga kering. Sejukkan sebentar. Masukkan ke dalam dry mill /blender kering. Blend kesemuanya. Simpan dalam bekas kedap udara.

Kuah Soto:
2 sudu kecil rempah sup/soto - seperti di atas
2 biji bunga lawang
5 biji  buah pelaga
sedikit kulit kayu manis
5 biji bawang putih}
1 biji bawang besar}  3 bahan ini diblend
1 inci halia }
2 batang serai dititik
1/2 sudu teh serbuk kunyit
2 keping asam keping/asam gelugor
1/2 ekor ayam (half bird) - dipotong 4
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Panaskan sedikit minyak di dalam sebuah periuk besar. Masukkan rempah sup, bunga lawang, buah pelaga dan kayu manis, biarkan seketika hingga naik bau. Masukkan bahan blend, serai, serbuk kunyit dan asam. Kacau hingga masak. Masukkan ayam. Goreng sebentar hingga separuh masak. Masukkan air dan garam secukup rasa. Biarkan mendidih. Keluarkan ayam, dan lerai-leraikan isi ayam itu dan asingkan di dalam bekas lain. Masukkan lebihan tulang ayam itu ke dalam sup semula. Kecilkan api dan biarkan ia selama lebih kurang 1 jam. 



Bergedil
1 biji bawang besar didadu
Sedikit isi ayam dari sup di atas atau boleh juga guna daging kisar (minced meat/chicken)
4 biji kentang Holland
Garam secukup rasa
Sedikit lada hitam - ditumbuk
Sedikit daun sup & daun bawang - potong halus
1 biji telur

Rebus kentang hingga empuk. Toskan airnya.
Tumis bawang bersama daging kisar sehingga masak. Ketepikan.
Lenyek-lenyekkan kentang, masukkan daging+bawang tadi dan masukkan garam, lada hitam dan daun. Gaulkan hingga rata. Bentukkan seperti bebola dan penyekkan sedikit.
Panaskan minyak untuk menggoreng.
Pukul telur sedikit.
Salutkan bergedil dengan telur sebelum menggoreng. Goreng hingga kuning keemasan.

Cili kicap secukup rasa - tumbuk 2 biji bawang putih & 6 biji cili api, masukkan ke dlm saucepan dan masak bersama 1/4 cawan stok ayam, 1/4 cawan kicap manis, 1 sudu besar kicap pekat, 1 sudu besar sos tomato & jus dari 2 biji limau kasturi.



Hidangan lengkap:
Sepeket bihun dicelur atau beberapa bungkus ketupat segera yg tlh direbus dan disejukkan
Secekak sawi dibersihkan dan dicelur air panas seketika atau taugeh - saya tak suka taugeh so guna sawi le
Isi ayam yg dicarik-carikkan
Bergedil
Cili kicap
Kalau rajin boleh goreng kacang tanah dan soohoon
Sup




Thursday, January 24, 2013

Pulut Kuning & Sambal Tumis Ikan Bilis



Kalau kek Nismilan, kalau ado bergholek ko kenuri maco QulhuAllah ko atau pun yolah sajo-sajo bokumpul adik beradik ko sedagho ko kan, mesti ado ni. Orang Negoghi memang makan pulut ni ngan sambal ikan bilih. Laie banyak ikan bilih laie sodap..kalau ikan bilih eh banyak, bawang eh kono lah banyak. Tapi den buek haghi ni untuk anak beranak den yo makan...ni menu pagi tadi. Sarapan eh ni lah deh, peh tu den goreng bihun sikit...agak-agak boghek lah jugak. Jadi mak'ano eh den tak yah lah masak tongahari doh. Potang ni tadi den buek lah kuih oghang putih sikit untuk minam potang. Kang malam kang den buek posting kuih tu yo.

Pulut Kuning

3 cawan beras pulut (direndam semalaman dengan 1/2 sudu teh serbuk kunyit)
1/2 cawan santan kotak, dikocak bersama 1/2 sudu teh garam halus
Air kukusan secukupnya
Daun pisang atau daun pandan (saya guna daun pandan)

  1. Panaskan periuk kukusan di atas dapur
  2. Alas dulang kukus dengan daun, kalau guna daun pisang cucuk sedikit daun itu menggunakan garpu untuk memberi ruang bagi wap air naik ke atas periuk kukusan 
  3. Buang air rendaman beras and toskan beras, lalukan air bersih ke atas beras tersebut dan tuang beras ke atas dulang kukusan. 
  4. Masukkan dulang kukusan ke dalam periuk dan kukus selama 20 minit
  5. Keluarkan dulang kukusan, tuang atau kaup pulut setengah masak ke dalam mangkuk nasi yang besar dan tuang santan ke dalam pulut. Kaup balikkan supaya ianya rata.
  6. Masukkan semula pulut ke dalam dulang kukus dan masukkan ke dalam periuk dan kukus lagi selama 10-15 minit. Tutup api dan biarkan selama 5 minit lagi sebelum hidang.

Sambal Tumis Ikan Bilis

 2 sudu besar bawang besar yang telah diblend
1 biji bawang putih - dimayang
1.5 sudu besar cili kisar
1 sudu teh garam
1 biji asam keping
Gula melaka, dlm anggaran 1 sudu besar - atau secukup rasa
1 cawan air
1 biji bawang besar - dihiris
Segenggam ikan bilis - direndam dengan air panas dan bersihkan
1/2 cawan santan
Minyak untuk menumis

  1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak
  2. Tumis  bawang blend dan bawang putih. Masukkan cili kisar. Kacau sedikit dan masukkan garam, asam dan gula melaka. Masak hingga naik minyak.
  3. Masukkan air dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan ikan bilis dan bawang hiris. Kacau dan biarkan dlm 2 minit dan masukkan santan. 
  5. Tambah gula atau garam jika perlu
  6. Masak dalam 5 minit lagi sebelum hidang.




Print