Kami sekeluarga planned untuk pulang ke kampung NS selepas solat Aidiladha pada hari Jumaat 27 Nov memandangkan hubby berkursus dari hari Isnin ke hari Khamis. Hari Rabu sebelumnya 25 Nov, aku telah mengambil cuti untuk menyediakan cupcake untuk diberikan sebagai buahtangan untuk kenduri aqiqah my 2 grandnephews,Rayyan & Syakir. Mak bapak serta uwan(nenek)baby 2 orang ni bercadang untuk membuat kenduri aqiqah mereka & qurban pada 28 nov. Alhamdulillah aku berjaya membuat 100++ biji cupcake. Pada malam raya pula aku membakar cheesecake untuk dibawa pulang ke kampung pada keesokkan harinya. Selepas hubby & Naim pulang dari solat Aidiladha kami pun bersiap2 untuk balik kampung. Sebelum itu, kami singgah sekejap di PJ's house untuk melihat perkembangan terbaru renovation rumah kami tu. Dalam pukul 12 kami bertolak ke kampung. Kami mengambil lebuhraya LEKAS kemudian keluar di Mantin sebelum masuk ke highway baru Bkt Putus. Kami tiba di kampung lebih kurang jam 2 lebih. Cuma ada Mashy & Rayyan sahaja di rumah. Akak & anak2 lelakinya pergi menguruskan penyembelihan lembu qurban & aqiqah. Pada petang itu, selepas akak bawa balik bahagian lembu untuk diagihkan ke penduduk kampung, kami ambil sedikit untuk dibuat sup & masak kicap. Malamnya selepas dinner, pukul 9 kami duduk mengadap TV tengok episod akhir Nurkasih, dalam 5-10 minit lepas tu acek & family berpakaian serba kuning(hobin jang hobin) pun join sekali tengok. Lepas tu barulah diorang makan & pekena sup tulang. Sambil2 tu mak mak baby buat buaian gula2. Naim & Sarah tolong buat party packs (favorite activity)...siap tinggal PSP sebab nak join buat party packs. So sapa2 nak child labor (free) untuk buat party packs...you know who to contact!.
Hari Sabtunya, acara berandoi (naik buai) bermula 11 pagi diikuti tahlil & doa selamat. Kemudian tetamu dijamu makan tengahari secara buffet. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun nasi tak cukup, yang datang lambat tu kena tunggu sekejap sementara tuanrumah masak nasi tambah.
No comments:
Post a Comment