Tuesday, March 27, 2012

Minat Membaca

Orang kata membaca itu jambatan ilmu...betul kah?  Mungkin betul bergantung kepada apakah bahan yang dibaca. Orang kata minat datang sendiri dan ada juga kata minat boleh dipupuk tetapi kalau tidak berminat tidak perlu dipaksa. Minat membaca perlulah dipupuk dari kecil.

Walaubagaimanapun, saya sangat suka membaca dari kecil tetapi cuma tertakluk kepada cerpen, buku cerita dan novel. Mungkin ada yang tak tahu apa itu cerpen? Cerpen berasal dari cerita pendek, cerpen mungkin lebih sedap bunyinya dan agak 'catchy' .. :)...melencong pulak. Tapi seingat saya, ibubapa saya tidaklah memupuk minat membaca semasa saya kecil...jadi mungkin minat itu datang sendiri.

Saya masih ingat sewaktu saya masih di sekolah rendah, usia dalam lingkungan 10-12 tahun, bila ada peluang ke bandar dengan bapa atau ibu saya, saya akan singgah di satu kedai HM Joned rasanya nama kedai tu...mesti saya akan membeli buku. Saya masih ingat saya ada membeli buku Othman Puteh, Azizi...tak ingat penuh, Zarina ...tak ingat nama penuh, Khadijah Hashim dan banyak lagi penulis novel Melayu. Pada masa itu, saya tidak begitu fasih membaca dalam Bahasa Inggeris, jadi saya kurang membaca novel Inggeris.

Kemudian, bila saya di sekolah menengah rendah, saya adalah pengunjung tetap perpustakaan bergerak di kampung saya. Perpustakaan bergerak itu datang kalau tak salah saya 2 kali seminggu. Kalau hari yang tiada perpustakaan bergerak itu, saya akan habiskan masa petang saya di perpustakaan di balairaya di kampung sebelah (Kg Lonek). Untuk rekod, saya anak bongsu dan satu2nya yang tinggal bersama ibu saya, jadi saya lebih suka membaca di perpustakaan atau menonton tv di rumah.
Semasa di sekolah menengah inilah, saya mula meminati novel Inggeris. Bagaimana saya sebagai budak kampung, boleh meminati novel Inggeris?. Mula2 saya akan mencari buku2 novel remaja yang ada dwibahasa, selalunya saya akan bermula dengan versi Melayu, kemudian saya akan cari novel yang sama berbahasa Inggeris dan saya baca ia bersama. Lama kelamaan, vocabulary saya pun bertambah dan saya pun boleh membaca novel2 Inggeris yang lain.

Apabila saya di universiti, disebabkan proses pembelajaran yang agak komprehensif dan ditambah pula dengan tugasan2 yang diberikan oleh pensyarah, minat membaca novel itu terpadam dengan kekangan masa. Kemudian ianya terus padam sehinggalah saya berkerja, berkahwin, mempunyai anak dan sebagainya. Pada tahun 2008, saya menamatkan MBA saya dan anak2 sudah agak besar, saya mula mencari2 minat untuk mengisi masa lapang saya.

Pada suatu hari saya ke satu kedai buku bersama kawan saya, sementara menunggu kawan saya membeli buku, saya pun mengambil buku The Client oleh John Grisham dan membacanya....saya terus tidak boleh melepaskan buku tersebut.

Minat membaca saya telah kembali....

No comments:

Post a Comment

Print