Semalam Hari Raya AidilAdha, jadi pagi semalam untuk juadah pagi raya cuma nasi impit , kuah kacang dan mihun soto. Dalam pukul 10 pagi, kami sekeluarga balik beraya ke N9 sekejap. Di LEKAS highway memang tersangatlah lekasnya, sampai Bukit Putus adalah sedikit jam sebab construction works dekat dengan Air Terjun Ulu Bendul. Selepas tu, traffic okay jadi jadi sampai di kampung dalam 12:30 tengahari. Kat kampung, Mak Ngahnya ada beli kuih raya sikit so Maryam pun tanya boleh tak Mummy buat kuih raya yang ada kacang tuuuu... :) Okaylah so harini kita buat kuih raya haji.
Resepi ni saya ambil dari blog Kak Siti Delima, pernah cuba sekali untuk biskut raya Aidilfitri baru-baru ini. Kali ini saya tukar sedikit untuk hiasan saya menggunakan hirisan badam.
Bahan- Bahan:
250 gm mentega/butter
140 gm gula aising/icing sugar
2 biji kuning telur/egg yolk
450gm tepung gandum yang diayak/ sifted cookie flour
50gm serbuk koko yang diayak /sifted cocoa powder
50gm serbuk badam/almond meal
2 sudu teh esen vanilla/vanilla essence
sedikit badam yang dicincang atau hiris
Cara-cara:
- Pukul mentega & gula hingga kembang
- Masukkan kuning telur & vanilla
- Masukkan almond meal, cocoa dan pukul hingga sebati.
- Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan uli hingga mendapat doh yang lembut. Kalau dah lembut dan boleh dicanai tak perlu habiskan tepung.
- Canai dan teraplah dengan acuan yang disukai.
- Sapu putih telur diatas biskut dan taburkan badam diatasnya dan bakat dengan suhu 160 Celcius selama 20 minit.
- Sejukkan biskut di atas redai sebelum di simpan.