Seingat saya, ada beberapa hadith shahih tentang memuliakan tetamu yang saya pelajari semasa di sekolah dulu (SHAMS). Antara isi-isinya adalah memberi salam kepada tetamu, menyambut di depan pintu, memberi hidangan terbaik seadanya, mendekatkan hidangan dengan tetamu sehinggalah menghantar tetamu ke muka pintu apabila tetamu ingin pulang. Amalan memuliakan tetamu serta adab-adab menerima tetamu terutamanya orang asing atau orang yang lebih tua dari kita telah lama kami sebagai satu keluarga mempraktikkannya sejak dari arwah ibu bapa kami masih hidup lagi. Malahan ianya sudah menjadi satu 'norm' atau kebiasaan bagi kami apabila kami mempunyai keluarga masing-masing. Kebiasaan itu jugalah yang kami cuba terapkan kepada anak-anak kami. Kami juga percaya ianya adalah kebiasaan di tempat-tempat lain yang majoriti penduduknya beragama Islam dan khususnya masyarakat Melayu.
Walaubagaimanapun, baru-baru ini kawan saya mengalami satu peristiwa yang membuatkan saya agak terkejut kerana ianya sesuatu yang agak luarbiasa dan saya rasa saya perlu menyuarakannya di sini. This is my blog anyway and sharing is caring, right?
Ketiadaan tuan rumah atau wakil tuan rumah menyambut keluarga kawan saya di depan pintu membuatkan mereka termangu-mangu dan tidak tahu ke mana arah mereka perlu pergi, di mana harus mereka duduk dan mereka juga tertanya-tanya apakah agenda untuk mereka. Di bawah cuaca yang panas terik, anak-anak kepanasan, mereka pun berlindung di bawah pokok-pokok yang ada. Sebahagian dari keluarga mereka pula berdiri di dalam khemah, mengikut adab sebagai tetamu kita tidak akan duduk sekiranya tidak dipelawa. Setelah hampir setengah jam, tiada juga wakil dari tuan rumah menjemput mereka.....if I were her, I was contemplating to just took off and go home but of course I couldn't do something that will hurt my family's feelings.
Ke mana hilangnya adab memuliakan tetamu sekarang ini...ini satu pengajaran buat saya sendiri supaya mendidik anak-anak, anak-anak saudara, cucu-cucu saudara dan generasi pelapis tentang adab memuliakan tetamu. I will definitely post the hadith once I've confirmed it.
Just my 2 cents...no heart feelings!
ok..that's hmmmmmm huhu
ReplyDelete